Kuala Lumpur
Bendera ini berteraskan bendera kebangsaan yang berjalur putih dan merah,
warna biru bersama bintang serta bulan sabit berwarna kuning. Unsur-unsur
ini tidak dapat dipisahkan memandangkan Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia
dan juga Wilayah Persekutuan.
14 jalur merah & putih (melintang) - menandakan keanggotaan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terletak di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bulan sabit & bintang - melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi. Bintang berbucu 14 - melambangkan 13 buah negeri di Malaysia dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bertindak sebagai Pusat Kerajaan dan pentadbiran. Warna biru di bahagian tengah - melambangkan perpaduan wargakota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Warna merah - melambangkan keberaniaan, kegagahan sebuah bandaraya dalam menghadapi cabaran kearah pembangunan bandaraya kosmopolitan yang dinamik dan berprogresif. Warna kuning - melambangkan kedaulatan dan kemakmuran Kuala Lumpur. Warna putih - melambangkan keluhuran, kebersihan dan keindahan bandaraya dalam taman bercahaya.
Lambang Kuala Lumpur menunjukkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai Pusat Kerajaan dan Pentadbiran, Pusat Perdagangan, Pusat Kebudayaan dan juga Pusat Pengajian di bawah Pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Kuala Lumpur Anthem
Dengan megah berkibar benderaku
Lambang kemegahan warga kota
Kuala Lumpur bersih berbunga bercahaya
Harum nama diseluruh dunia
Rakyat hidup bersatu dan bahagia
Maju dan makmur bandaraya kita
Tanah pusaka ni warisan bangsa
Tegak berdaulat senbasa
Tuhan selamatkan Kuala Lumpur
Tuhan selamatkan Kuala Lumpur